Kisah Masa Mula Mula Masuk Asrama


Kisah masuk asrama

kisah asrama,masuk asrama,asrama terbaik di malaysia
Gambar hiasan..kredit kepada google.com


Ini kisah aku di hantar masuk asrama. Bukan asrama penuh.. asrama biasa ja. Tujuannya adalah untuk meneman adik aku yang dapat masuk di asrama penuh. Jaraknya dalam 19 kilo jugak la. Dah lagi satu orang tua kena pindah ke Kuala Lumpur, so kalau aku ada boleh la balik sekali sama sama ke Kuala Lumpur.

Ingat tak kisah aku berjalan kaki balik rumah dulu. Kejadian tu berlaku semasa aku tingkatan satu dan dua. Untuk makluman tingkatan satu dan tingkatan dua aku bersekolah yang berlainan. Ya orang tua aku kerjanya berpindah randah. So yang ini berlaku semasa aku di tingkatan tiga. So aku maintain kat sekolah tersebut sementara orang tua ku pula pindah ke Kuala Lumpur.

Macam tu la pelan orang tua aku. Aku pun takda la memberontak ke apa ka. Asrama aku duduk ni kiranya terpencil la jugak. Dalam asrama tu bukannya ada adik beradik aku pun. Kiranya memang aku kena pandai bawak dirila. Malam pertama aku tidur situ air mata aku mengalir jua. Entahla tiba tiba sedih!!

Sekian cerita dari aku...

Comments

Popular Posts