Kisah rumah terbakar 3


rumah terbakar,kebakaran diklang,kebakaran hutan california,shah alam


Kisah rumah terbakar 3


Ingat lagi kisah rumah terbakar tempohari. OK la sambung sikit je lagi. Apa citer ni sebenarnya luahan dari hati aku sendiri. Bukan sebab ada orang request atau tanya bab bab ni tapi ada benda yang berlaku buat aku tak senang duduk.

Bila rumah terbakar dapat arahan untuk bersihkan keadaan rumah dari majlis bandaran. Oleh sebab tiada duit maka apa yang boleh dibuat ialah dengan memagar sekitar rumah dengan zink ke apa saja janji tutup supaya tiada siapa boleh masuk.

Segala wang derma dari yb dan masyarakat aku serah kepada Ibu aku. Kerja bersihkan rumah adik aku yang buat. Bila tiba bab nak memagar tu bila minta duit rilek ja kata duit semua hilang.. Apa yang aku rasa agaknya tuan tuan dan puan puan sekalian..?

Tentulah aku kecewa mendengarnya. Banyak kot duit tu.. Rilek je cakap hilang, kalau tak tanya tak bagitau la gamaknya. Aku tau ibu aku suka bagi duit kat sedara mara di kampung. Dan sedara mara di kampung memang suka amik kesempatan. Macam b@bi je kan.. Benggang memang aku benggang. Tapi aku diam ja la malas aku nak tanya macamana boleh hilang sebab jawapan nya mesti tak tahu je la. Bosan aku nak dengar malah sakit hati ja kalau tanya, mesti aku pulak yang kena keluar duit buat pagar. Biar ja la rumah jadi rumah hantu, puas hati. Sifat kedekut Ibu aku memang tiada tandingan lagi.. Walhal duit derma tu...

Bila kawan2 tanya tak buat semula ka, Kadang2 tu segan gak nak bagitau apa yang berlaku. Buat masa ni memang tak buat apa la lagi.. Rumah pun semenjak ayah aku meninggal tak buat pun apa apa faraid.. Ramai yang cakap suruh buat nanti jadi apa apa susah nanti. Habis dah mak aku sendiri yang tak mau buat.. Nak buat macam mana lagi.. Biarla jadi apa pun.. Malas aku nak fikir.. Kalau aku duit banyak dah tentu aku boleh settle pasal rumah tu.. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah dan baca...

Comments

Popular Posts