Bila kawan-kawan berkelakuan pelik.


Bila kawan-kawan berkelakuan pelik.

kawanjadi pelik,south africa,sosial media


Ye betul tajuk kat atas tu. Tak tahu la korang pernah mengalaminya atau tidak.

Ceritanya begini, kebanyakkan melibatkan kawan- kawan sama belajar. Contoh di Facebook bila aku komen pos diaorang.. Senyap ja tak komen pun balik, kalau member sekerja bukan main laju reply. Bila dah banyak kali aku pun jadi malas nak komen apatah lagi like. Yelah kalau aku punya pos pun susah betul nak like.

Bagi aku bila aku like dan komen maknanya aku ingat kawan kawan aku. Tapi bila kawan buat camni seolah olah aku ni cuma memori silam diaorang yang tak penting kot?

Dalam wassup pun sama buat group ada aku sekali dalamnya, bila aku wish birthday senyap ja pas beberapa jam ada orang lain wish mula la rantaian wish masuk siap sembang sembang rancak lagi. Bila berlaku banyak kali aku pun malas dah nak wish. Kalau rasa aku tak setaraf buat pe korang add aku.. Menyakitkan hati ja. Ye memang aku cuma keja kilang berbanding diaorang yang elit dan berjaya. Rasa cam nak left group ja.. Aku banyak lagi kawan yang betul betul appreciate aku.,meski dipisah jarak jauh ada masa diaorang datang berkunjung bukan yang sama belajar dengan aku. Yang sama belajar nila aku rasa pelik dengan sikap diaorang.

Betul kata pepatah kawan sejati memang payah nak jumpa, kalau ada simpan la persahabatan itu Selama-lamanya...

Salam persahabatan
Jumpa lagi..

Comments

Popular Posts