Kisah kena hukum dengan cikgu masa sekolah
Masa
bersekolah dulu terutama masa sekolah rendah,aku ni memang kategori malas buat
homework.Kalau aku nak buat aku cuma akan buat dalam kelas ja. Adakalanya aku datang
awal baru lah aku buat kerja sekolah. Entahla mungkin ini ciri-ciri genius yang
khusus untuk aku kot? Kelas aku dulu masa form 5 dulu banyak yang genius,ada
yang duduk kelas pusing pen ja ,ada yang masuk untuk beberapa subjek yang dia
minat sahaja .Tapi bila exam memang score la.
Okla
abaikanla kisah-kisah genius tu,mungkin suatu hari kalau aku rasa nak tulis bab
tu bolehla aku cerita lebih lanjut.Kali ini cuma nak cerita hukuman yang pernah
aku terima masa bersekolah dulu.
Kisah 1,
masa aku darjah lima, cikgu kelas aku pernah mengangkat aku nak gantung dekat
kipas.Sebelah tangan ja dia angkat yelah darjah 5 berat pun berapa kilo ja. Aku
tak pasti kesalahan apa tetapi mungkin sebab aku tak bawak buku kot time tu.
Bila dia angkat tiba-tiba bunyi prakk..dia pun tanya bunyi apa tu? Aku pun
jawab tak tahu cikgu. Bila dah letak balik baru aku tau seluar aku koyak !!
Kisah 2,masa
aku darjah enam .Suatu hari cikgu kelas aku bertanyakan dekat seorang budak ini
ada bawak tak cili burung.Budak tu kata ada. Pastu cikgu aku pun cakapla dalam
kelas ini ada seorang tu tak pernah buat kerja rumah yang saya bagi..siap
sebbut nama aku lagi.Aku pun mengaku jela. Aku dipanggil kedepan lalu disuruh
gigit cili burung tu tapi jangan telan tapi letak bawah lidah. Aku pun akur
jela. Disuruh duduk mula hingus mula meleleh keluar..kalau tak percaya korang
boleh try k.
Kisah 3,masa
aku form one. Setiap kali aku lalu makmal sains sahaja ada satu cikgu ni
panggil aku.Suruh teka nama dia . Mana la aku tau dia bukan mengajar aku
pun.akibatnya aku disuruh pumping. Buat jela serratus kali. Pastu aku pun dah
malas nak lalu dah bila nak ke kantin. Bila aku dah tau nama sajala aku lalu
.Dia pun panggil suruh teka nama dia. Aku pun jawabla..SALAH ! cikgu tu suruh
aku tanya sorang budak pompuan tu. Amboi siap kena panggil datuk professor la bagai
(bukannya dia ada title apa pun). Cibai la itu cikgu. Ya turun lagi serratus kali..
Kisah 4,
form one jugak. Aku disebat dipunggung seratus kali. Siap kena pilih nak rotan
camna tebal ka sedang ka atau yang nipis. Puncanya sebab aku tak buat karangan
manik yang gantung kat pintu. Ala macam karangan siput kecik kecik berjurai tu.
Satu karangan 10 rotan, minimum 10 karangan kena buat,So aku tak buat kena la
10x10 = 100. Perrhh..berbirat beb..ada jugak kena pukul kat tangan dah macam
lipan pulak design dia.
Walaupun
macam-macam hukuman aku kena ,tak der la pulak aku nak sabotaj pancitkan tayar
kereta ka apa.Entah mungkin sebab aku sendiri semulajadi kuat dan dayatahan aku
tu kategori boleh tahan jugakla. Kalau korang baca kisah ke 3 tu ,aku pun tak
paham kenapalah cikgu tu dok buli aku. Mungkin dia Nampak aku ganas kot. Akibat
perbuatan cikgu ni ,ramai yang nak jadi geng aku..yelah budak jahat kan nampak
cool je kan..betui tak?
Tapi tula
nampak je jahat bila periksa ok ja. Aku maintain je dapat no 2 dalam kedudukan
semua kelas. Tiap-tiap tahun macam tu je.Nantilah ,yang tu cerita lain kali la
ye.
Ok hingga jumpa lagi..
P/s : lepas ini aku
tak bercerita ikut kronologi lagi, yelah aku bercerita kisah aku masa kecil
untuk memudahkan korang memahami karekter aku dan sedikit sebanyak aku sengaja
share benda-benda yang ada lucu,sedih dan sebagainya..
Comments
Post a Comment