Kisah Aku dan Incredible Hulk


Kisah aku dan incredible Hulk

aku dan incredible hulk,incredible hulk
credit image : google.com


Dari sekolah rendah hingga tingkatan 3 aku merupakan manusia yang sangat garang dan pemarah. Entahla mungkin bersebab. Mungkin juga ego aku ditahap yang tertinggi ketika tu. Sensitif dengan sindiran dan sebagai nya. Sekiranya aku dimarah, dimalukan dikhalayak ramai nescaya aku akan mengamuk. Ya amukan aku ibarat incredible Hulk apa saja yang boleh dicapai akan aku baling, tendang tumbuk dan sebagainya. Tetapi wanna kulit aku tak jadi hijau la.

Kisah 1, ketika darjah 5. Time dalam bas sekolah. Aku tengah selsema hingus adala meleleh sikit. Tiba Tiba budak sekor ni gelak lantas aku pun berang. Aku ambil hingus aku lalu aku baling kat budak tu dan terus aku pukul dan sound jangan dok gelak lagi.

Kisah 2. Darjah 6 kot. Ikut orang tua pergi rumah sedara di beruas , perak.Sampai sana aku pun round dengan sepupu dan adik aku. Tiba-tiba ada budak pompuan nak ikut. So kami plan nak cari kawasan air terjun. Tetapi tersilap jalan. Jadi tak jumpa la. Last last balik jela.

Balik balik family aku dok tunggu dan tuduh aku yang bawak budak budak pompuan ni.Kalau ikut logik aku bukan orang situ takkan nak ikut orang tak kenal mestila ikut sepupu aku tu. Jadi aku pun terus mengamuk sebab dituduh. Habis kerusi rotan dalam rumah pakcik aku terbalikkan. Ibu ku datang memukul dengan penyapu jerami dibelakang badan tetapi aku tetap tak berenti mengamuk sampai penyapu jerami tu patah dua. Ada jiran sebelah tu jengok terus aku sound tengok tengok apa ada hutang ka? Bila aku dah besar ayah aku bagitau yang orang tu seorang pensyarah ITM bila aku pergi ke Perak. Sebab aku tak ingat pun rupa dia. He he malu la pulak kan..

Kisah 3.Masa aku form 2.Anak jiran aku main ludah ludah. Dia ludah dari pagar dawai rumah dia hingga terkena aku. Pastu dihulur tangan mengejek.. maka dengan lajunya aku menarik tangan budak tersebut hingga melanggar dawai pagar dua tiga kali. Apalagi menangislah budak tu. Mak dia keluar aku buat dono ja. Budak tu rasanya dalam 5 atau 6tahun umur nya.

Ikutkan banyak gak peristiwa aku mengamuk ni.. Apa pun rasanya korang dah dapat idea apa yang aku cuba sampai kan. Tahap mengamuk aku memang luar biasa.

Memang hati aku kering banyak waktu muda muda. Aku tak pernah teragak agak untuk membalas perbuatan sesiapa pun keatas aku. Sikap ini memang membawa aku sampai sekarang. Sekiranya aku dikutuk dihina aku pasti membalasnya. Kalau tanya aku dengan menenking nescaya aku akan jawab dengan menengking jua...cuma bezanya sekarang aku banyak sabar, takdela aku pukul sapa sapa lagi.. Aku pun dah lama tak transform jadi Incredible Hulk! Huhu..

Comments

Popular Posts