Kisah Nama Yang Unik!!


Kisah nama yang unik


Okla permulaan sebelum aku mula menceritakan kisah kisah aku. Aku nak bercerita tentang nama aku.
Nama aku dikatakan unik kerana tiada yang sama di dunia ini. Nama yang panjang, dua patah perkataan dengan lima sukukata.

Bagi yang first time dengar akan kata seolah olah nama perempuan. Ada yang menjangkakan nama depan aku tu nama keturunan. Ada juga menjangka aku ni berbangsa kacukan, walhal biasa biasa ja.

Aku bangga jugak la dengan nama aku, yelah takkan x bangga pulak. Cuma ianya akan jadi susah bila aku terpaksa ulang dua tiga kali bila aku perkenalkan nama aku. Sebab ramai yang tidak dapat menangkap apabila aku sebut nama aku. Kalau mengeja pun semua orang akan salah eja, terpaksa la aku betul kan balik. Pernah bila aku mengambil ubat aku menegur kerana ejaan yang salah walaupun aku dah bagi ic aku. Kerana mereka melihat sepintas lalu, bila tulis tak betul pun.

Aku juga pernah dapat laporan perubatan yang salah, ada ka patut dalam salah satu komen dalam report ada mengatakan ovari aku tiada masalah la apa. Bila aku tegur balik, maka petugas Hospital bertanya dengan angkuh apa yang salah. Maka aku tunjuk la ni ovari apa benda ni. Berubah la air muka kawan tu lalu di semak baru di print report yang betul. Teryata banyak beza dengan laporan yang mula mula.

Aku disahkan mengidap batu karang!!

Comments

Popular Posts