Latar belakang keluarga


Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah seorang pegawai kerajaan. Manakala ibuku dimasa aku kanak kanak tidak bekerja. Masa aku dah remaja barulah ibu ku bekerja. Kemudian berniaga kecil kecilan. Aku cuma dua beradik sahaja. Keduanya lelaki. Memanglah kami berdua ini rapat. Cuma bila dah berkahwin kami jarang berbual perkara serius lagi. Yelah masing2 ada masalah sendiri.

bendera sabah,latar belakang keluarga,moment of life,life momento

Masa zaman kecik kecik ni banyak yang seronok dari tak seronok. Cuma yang tak best bila adik aku buat salah dengan aku sekali kena rotan. Korang rasa adil ka tak? Ibu aku memang garang bila waktu kecil ni. Aku pernah ditendang ketika aku lepas sembahyang.. Sampai hari ini aku tertanya tanya apakah salah aku..? Kalau takut masa tu menyorok bawah meja makan atas kerusi. Yelah kadang kadang tak buat salah pun kena belasah juga...

P/s :aku akan mula bercerita mengikut kronologi masa dan zaman supaya senang korang follow cerita aku cuma kadang2 saja aku akan selit tanpa mengikut kronologi.. Harap maklum..

Comments

Popular Posts